Wednesday 1 June 2016

cukuplah sampai di sini

dulu masa aku darjah 1, aku kenali seorang budak perempuan yang aku tak kenal dia langsung. dia pandai orangnya nak dibandingkan dengan aku ni memang jauh sangat . so, entah macam mana aku boleh rapat dengan dia .. nama dia syikin .. aku tatahu kenapa suddenly kteorang boleh keluar g kantin sama-sama . in the blink of eyes, ALLAH tarik dia pergi . dia dah pon mengadap ILLAHI pada umur yang sangat awal . aku ingat lagi suddenly dia tak datang sekolah . sehari sebelum dia tak datang sekolah tu, kteorang g kantin, dia nak jumpa akak dia. so aku temanlah dia. esok tu dia tak datang. masa perhimpunan tu, cikgu umumkan dia masuk hospital dan menghidap kanser otak. selepas tu, cikgu umukan dia sudah tiada. remok bai hati aku nih . masa darjah 2 ke 3, aku kenal seorang budak perempuan nama dia siapa aku dah lupa tapi raut wajah dan senyuman dia, aku tak pernah lupa sebab dia antara orang yang aku cuba buka hati untuk kenal .. tak lama kemudian dia pon pergi sebab pindah .. masa tu remok lagi hati aku .. sampailah aku sekolah menengah, aku kenal sekumpulan geng. so nak jadi cerita , masa ni pon aku buka hati untuk sayang diorang macam famili sendiri . jujur aku cakap, aku kalau sayang kawan, aku sayang macam adik beradik aku sendiri. aku sanggup bersusah payah. walau apa pon jenis pertolongan yang dia minta . tapi , expectation aku meleset , sebab diorang cuma anggap aku kawan biasa . masa tingkatan 5, aku cuba menjauh dari diorang . tapi tak seorang pon antara meraka datang bertanya kenapa aku bawal diri atau bertanyakan khabar . rupanya aku ja terhegeh-hegeh nak berkawan dengan diorang. kerana hati yang sakit . aku block diorang di media social . aku tak berharap untuk rapat dengan sesiapa pon . sampailah aku kenali engkau . tapi takdir ALLAH, aku terlalu sayangkan engkau. tetapi aku tidak terlalu beerti untuk kau . dan dari situ, aku pergi . aku tahu ramai yang sayangkan engkau. setakat aku, aku rasa tak memberi kesan pon. maaf, aku tak nak jumpa lagi dan aku akan simpan jauh segala kenangan kita dan aku tak nak ingat lagi. sorry lah, aku dah tak nak ingat , manis atau pahit , aku tak nak ingat. dan aku tak nak jumpa kau lagi meski pon pada hari convocation .. cukuplah segala perit yang aku dah rasa. aku dah penat nak sayang orang lagi .. semoga ALLAH menjaga kau selalu .. bye , bee .. for the last time im calling you "bee" .. selamat tinggal !