Wednesday 1 June 2016

cukuplah sampai di sini

dulu masa aku darjah 1, aku kenali seorang budak perempuan yang aku tak kenal dia langsung. dia pandai orangnya nak dibandingkan dengan aku ni memang jauh sangat . so, entah macam mana aku boleh rapat dengan dia .. nama dia syikin .. aku tatahu kenapa suddenly kteorang boleh keluar g kantin sama-sama . in the blink of eyes, ALLAH tarik dia pergi . dia dah pon mengadap ILLAHI pada umur yang sangat awal . aku ingat lagi suddenly dia tak datang sekolah . sehari sebelum dia tak datang sekolah tu, kteorang g kantin, dia nak jumpa akak dia. so aku temanlah dia. esok tu dia tak datang. masa perhimpunan tu, cikgu umumkan dia masuk hospital dan menghidap kanser otak. selepas tu, cikgu umukan dia sudah tiada. remok bai hati aku nih . masa darjah 2 ke 3, aku kenal seorang budak perempuan nama dia siapa aku dah lupa tapi raut wajah dan senyuman dia, aku tak pernah lupa sebab dia antara orang yang aku cuba buka hati untuk kenal .. tak lama kemudian dia pon pergi sebab pindah .. masa tu remok lagi hati aku .. sampailah aku sekolah menengah, aku kenal sekumpulan geng. so nak jadi cerita , masa ni pon aku buka hati untuk sayang diorang macam famili sendiri . jujur aku cakap, aku kalau sayang kawan, aku sayang macam adik beradik aku sendiri. aku sanggup bersusah payah. walau apa pon jenis pertolongan yang dia minta . tapi , expectation aku meleset , sebab diorang cuma anggap aku kawan biasa . masa tingkatan 5, aku cuba menjauh dari diorang . tapi tak seorang pon antara meraka datang bertanya kenapa aku bawal diri atau bertanyakan khabar . rupanya aku ja terhegeh-hegeh nak berkawan dengan diorang. kerana hati yang sakit . aku block diorang di media social . aku tak berharap untuk rapat dengan sesiapa pon . sampailah aku kenali engkau . tapi takdir ALLAH, aku terlalu sayangkan engkau. tetapi aku tidak terlalu beerti untuk kau . dan dari situ, aku pergi . aku tahu ramai yang sayangkan engkau. setakat aku, aku rasa tak memberi kesan pon. maaf, aku tak nak jumpa lagi dan aku akan simpan jauh segala kenangan kita dan aku tak nak ingat lagi. sorry lah, aku dah tak nak ingat , manis atau pahit , aku tak nak ingat. dan aku tak nak jumpa kau lagi meski pon pada hari convocation .. cukuplah segala perit yang aku dah rasa. aku dah penat nak sayang orang lagi .. semoga ALLAH menjaga kau selalu .. bye , bee .. for the last time im calling you "bee" .. selamat tinggal !

Monday 2 May 2016

First time jauh dari famili

So ..
Harini hari pertama aku duduk bilik sewa dengan orang stranger
Why stranger ?
I dont even know a person in this house
So ..
So sedih lah weh !
Bukan nak kata sebelum ni tak pernah duduk rumah sewa
It's just , sebelum ni ada kawan yang aku kenal
Pakat-pakat dok serumah and then boleh pergi malam lua sesama , masak kat dapor sesama
So ...
Life berubah sistur
Aku jauh dari famili
Seolah-olah dibuang dari negeri sendiri
Hahaha
Yelah doa termakbul
nak sangat kan pergi tempat orang tak kenal
Tak nak kenal sesiapa
Ambik kauuuuu !
Dush dush dush !
Macam durian jatuh atas kepala dah
Sakit jugak ar na start new life camni
So ..
Bila cakap pasal new life at new area
Actually rumah ni owner dia seorang ustazah , ustazah halimah
Dia tinggal bersama anaknya yang masih single iaitu kak ati
Merupakan seorang doctor
beautiful doctor actually
So ...
Akak ni kena pindah ke kuantan
So then ustazah halimah pon ikot anak dia
Soh rumah ni dia sewakan
Sebelum aku jejak ke rumah ni
Dah ada orang pon duduk
Dua orang ja
Kemudian , aku pon masuk , duduk bilik sebelah
lepas tu, diorg nak cari partner untuk bilik aku
So ..
Cakap pasal partner
Aku nak cakap pasal jiran bilik aku
Maklum ar , nama pon rumah touch and go
Diorg hanya ada pada waktu twngah malam
Sebab diorg buat kerja part time malam malam
And maybe diorg pon ada life sendiri malam2 nak kua g memana
Diorg pon mampak macam mewah
Dengan kasut mahal
Dress bagai
Eh hello
Aku ada kasut orang bagi je kot
Hahaha
Baju kurung aku bawaq pon baju kurung orang bagi kat aku
And yes ..
Aku sakai nak mati
Hahaha
Okay .. ngantukkk .. daaaa

Thursday 26 November 2015

Apa nak jadi , jadilah labu ..

Ya Allah .. aku serahkan segalanya dekat kau ya Allah .. jodoh, kerja, rezki .. aku tatahu dah nak buat apa ni ya Allah .. aku mungkin letak harapan pada seseorang , tapi siapa yang tahu mungkin suatu saat dia berubah .. aku tada apa nak dibandingkan dengan orang kat luar sana tu ya Allah .. mungkin dia terima aku sebab dia kenal baik buruk aku .. tapi belum tentu bila dia tahu baik buruk aku , dia nak jadikan aku yang halal baginya .. entahlah .. aku tatahu lah sama ada aku over thinking ke apa ke .. tapi logik lah kata kawan aku , selagi dia tak jumpa parents kau , dia tak betol2 "cop" kau dulu daripada parents kau , dia tak minta restu dari parents kau , kau cuma "tergantung" tak bertali .. kau ibarat unknown .. betollah tu .. ada nama X , Y , Z .. tapi soalan nya find the value of the unknown .. kau faham tak ..? nak buat cane .. status tak dikenal pasti pon .. haaa , yelah .. kawan kau tanya kau jawab "dia bakal bla bla bla aku" , eh penting mana lagi antara keluarga dengan kawan ..? Dalah .. tayah berharaplah .. bermimpi .. aku ta rasa bangga langsung bila kau ngaku "dia bakal bla bla bla" kat member member kau , sedangkan disisi lain famili kau kenali dia sebagai "unknown identity" .. tergantung tak bertali .. the right word ! Dalah .. malas na fikir .. tak nampak langsung jalan dia kalau fikir .. go on jelah ngan life kau sedia ada .. agak agak dia perlukan kau , dia carilah .. agak agak dia heboh ngan kawan dia , sebulan tak cari kau .. kau ingat kau sape ? bila kau bosan kau cari , bila kau ada teman lain kau biarkan dia ..? Kau ingat dia tada hati perasaan ..? rasa macam tugu negara je ..

Monday 30 March 2015

selamat hari lahir BB .. 

aku tak lupa pon tarikh ni .. serious aku ingat ja sejak semalam lagi  .. tapi , aku tak tahu na wish ..  by the way selamat hari lahir ..
 INTAN NABINA BINTI AZMI .. 

aku bersyukur kenal dengan kau .. kau salah seorang yang ada waktu aku susah dan senang .. tapi aku rasa kini bukan seperti dahulu dah .. mungkin kita berkawan rapat sampai situ ja kot  .. kau tahu ? dari kecik aku teringin nak ada kawan rapat macam mana aku pernah rasa dengan kau , seseorang yang selalu support aku , seseorang yang ada waktu aku susah .. tapi mungkin ALLAH makbulkan sekurang-kurangnya aku dapat merasa macam mana erti persahabatan .. tapi sekarang mungkin tiba masanya kita berada di jalan masing-masing.. sebab aku tak tahu dah nak kata apa .. kadang-kadang tu aku rasa kau sebelah ja, tapi kenapa jauh sangat .. mungkin kita di dunia berbeza sekarang .. tak kesahlah apa pon terjadi, aku doakan kau selalu bahagia dengan siapa pon kau berada .. semoga jadi anak yang solehaH .. anak yang berbakti kepada ibubapa .. semoga tercapai apa yang kau impikan , berjaya dalam hidup .. dan  dipermudahkan urusan di dunia mahupon di akhirat .. amin ..  jaga diri, sahabat .. salam .. 


Saturday 28 February 2015

kenangan lalu menghimpit jiwa 

Tipulah kalau aku cakap aku tak sayang kau , MAZ .. tipu sangat .. aku kenal kau since tingkatan satu , kita rapat since tingkatan 2 , kita starting to fall in love since form 3 .. there are a lot of things happen .. well , happy moment, sad moment, when we were fall, when we begin to walk into youth life .. a lot of things happen .. and we lead it together .. well, recently we keep getting talk a lot of thing.. we starts to share our problems together , as a close friend .. *tears*
You know what, I’ve never forget you .. sometimes, i feel that when I begin to know someone new in my life, he/ she is really appreciate me, be there , understand me more that the person who i’ve known for many years .. why ? because we don’t know who is her/him .. he/her treat us very nice like the first time I know you .. because ? I want you to stay .. but when we started to know better, we know your good and your bad .. we started to make assumption like “I don’t like this, I like if you were this and that” .. well, we’re so stupid !
Don’t you know that when you’re married, you have to accept everything about him/her and spend the whole life with him/her .. many crisis will be one of part of your life .. if you cant accept the person you’ve married , how come you want to lead this life together for many years forward ..  
Kadang-kadang aku tak tahu kenapa aku akan terkenang apa mama cakap “mama tak kesah kalau dia jodoh kau” , “mama suka MAZ sebab dia this this and this” .. bukan mama kau sorang ja broken  bila aku putus ngan kau , mama aku pon .. mama start rindu kau , mama selalu mention nama kau , aku pon selalu sebut-sebut nama kau .. lama juga kan kita tak bercakap, it’s about a years ..
Sekarang? Kadang bila aku tengok gambar kau .. it’s feel so sad .. and sometimes I really hope you gonna be my mr. completed my life .. urgh ! what I’ve done !
Aku takut nak melangkah hidup ni tapi kau salah seorang yang tak pernah berhenti bagi aku kata-kata semangat selain daripada mama dan kau salah seorang yang selalu ingatkan aku terhadapNYA .. sekarang ni kita masing-masing mengejar cita-cita .. masing-masing semakin matang, semakin serious ! well, I’m proud of you actually .. very proud .. you’ve become a big boy .. can think very wise .. well, semua orang belajar daripada masa lalu dan kesalahan lalu ..
Seandainya masa tu aku tak pergi daripada hidup kau , mesti kau takan jadi macam ni .. mesti kita tak akan jadi siapa kita harini .. aku bersyukur .. kita lebih baik daripada dulu .. dan aku bangga dengan siapa kau harini .. aku rindu kau .. tapi cukuplah rindu tu tak tercapai , dan setakat dalam bilik ni ja .. haha ..

Kadang aku terfikir, kalau kata kita berjumpalah kan .. apa agaknya reaksi aku dan kau ? aku rasalah aku akan jadi speechless ! aku akan melayan perasaan sekejap .. dan .. tak tahulah .. weh ! nanti ada jodoh kita berjumpa lagi k .. berjumpa kerana takdir .. jodoh berjumpa yang seketika atau pon jodoh ke sesuatu yang baik .. urgh ! 

Sunday 15 February 2015

perjalanan kita yang telah ditentukan ..

recently , aku dapat news .. MAZ telah dijodohkan oleh kedua ibubapanya .. ALLAH .. alhamdulillah .. mungkin kita sampai di sini sahaja .. ALLAH .. aku sayang kau .. tapi kau bukan milik aku .. mungkin kisah kita cuma sekadar perhentian .. setelah hampir setahun atas telah lebih daripada setahun .. kita terpisah .. masing-masing memulakan hidup baru .. alhamdulillah .. masing-masing kembali ke fitnah kehidupan ..
dan kini aku dan MHZ telah buat keputusan untuk terus berkawan .. sekiranya ada jodoh mungkin dalam 3 tahun ke atas .. mungkin bersatu .. itu pon sekiranya memang telah tertulis aku untuk dia dan dia untuk aku .. bagaimana pon dalam masa yang agak panjang ini .. pelbagai perkara boleh berlaku .. hati boleh berubah .. kita jumpa orang baru .. hati kita terpaut dan sebagainya .. macam mana pon aku sayang juga MHZ ni .. well , dia seseorang yang memang orang kata "childish" tetapi dia matang dengan aku .. aku pernah tak sengaja jadi marah sebab dia lewatkan solat .. tapi alhamdulillah dia berubah .. alhamdulillah ..  
buat MAZ , aku doakan kau bahagia nanti .. ikhlaskan hati sekiranya kau rasa kau tak ada hak untuk mengatakan tidak .. tapi kalau kau rasa kau tak yakin dengan pilihan keluarga , kau boleh utarakan .. sebab takut-takut sekiranya terjadi sesuatu atas perkahwinan kau , kau akan menyalahkan keluarga kau .. aku yakin kau anak yang baik .. alhamdulillah .. kau memang seseorang yang baik .. aku bersyukur kenal dengan kau .. memang terasa break juga kat hati ni .. sebab sedikit sebanyak aku memang mengaku aku selalu sayangkan kau .. dan selalu menyayangi kau .. macam mana pon .. teruskan melangkah .. tabahkan hati , ikhlaskan diri .. okay ?
recently AA .. dah berada di melaka .. well , aku speechless sebenarnya sebab kitaorang dah terputus hubungan lama dah sebenarnya .. tak tahu macam mana dia ada number phone aku .. haha .. aku masih simpan bungkusan hadiah yang pernah dia kirimkan .. ahh .. kenangan sangat .. dia bercuti ingat kat aku , sampai kirim melalui pos laju .. weh , asal sweet sangat .. hahaha .. by the way , kisah dah lama sangat weh .. haha .. 
okay .. aku rasa alhamdulillah getting better sekarang .. well dengan urusan aku dan MHZ .. kitaorang seems ada chemistry .. awalannya .. tapi .. wallahu'alam selepas ini .. tak adalah .. dalam umur macam ni rasa macam , macam-macam nak fikir .. pasal kerja and ofcourse pasal married .. sape ja tak nak kawen .. dengan aku tengok ibu bapa aku semakin tua .. aku berharap aku dapat memberikan mereka sinar bahagia .. melalui pekerjaan aku dan mungkin cucu .. hehe .. okay , cucu tu aku gurau ja .. tapi takan lah aku tak terfikirkan .. tipu sangatlah weh .. haha .. 
ya ALLAH , semoga segala perancangan berjalan dengan baik .. 

Friday 13 February 2015

hakikat yang hanya ALLAH dan sahabat yang mengetahui ..

aku seriously kesian dekat engkau weh .. well , kau percaya aku playgirl ? seriously kesian sangat weh .. nak kata kau kenal aku baru seminggu , tidak .. kesian sangat .. bila aku forward dekat MAH , dia gelak dia .. sebab dia pon tahu siapa aku .. aku bukannya nida yang berumur 14 tahun , mempermainkan hati lelaki .. sorry to say .. penilaian kau terhadap aku agak teruk .. and well , kenapa aku nak berkawan dengan seseorang yang tak positif dengan kita kan .. so better , angkat kaki ja .. aku peliklah dengan kau .. sebab sampai macam tu kau percaya yang aku ni playgirl .. aku ni duduk tercogok aje kat bilik .. aku dah pindah dari salsabilah 4 ke  salsabilah 3 .. yang mana rumah ni hanya aku sorang sebagai penghuni .. walaupon aku ni category sunyi duduk rumah bilik sampai 4 tapi aku ja penghuni dia , tadalah aku nak menggatal dok whatsapp mana-mana lelaki .. ada sorang je sekarang ni yang aku dok whatsapp , tu pon member aku kot .. pape je nih .. ha ! pasal status-status aku kat wechat tu , sebenarnya perempuan kot .. kimi tu sepupu aku nama asal dia syakirah .. kitaorang panggil dia kimi sebab dulu masa kitaorang nak naik kitaorang suka tengok cerita indonesia , pelakon perempuan tu nama dia kimi , dia gemok .. character dia pula nak jadi kurus .. macam sepupu aku syakirah tu .. since that day kitaorang panggil dia kimi sebab gemok .. haha .. and nama-nama kat status wechat aku tu perempuan kot , yang kesayangan tu maisarah , bb tu intan .. kesayangan tu ramai faez ada , hazirah ada dan ramailah cerita dia .. aku kesian tengok kau sebab mata kau dikaburi dengan bisikan syaitan yang buat judgement aku ni perempuan bukan-bukan .. aku sedarlah , umur aku dah 20 kot .. di mana aku pergi aku bawak nama family aku .. dan aku kena jaga maruah aku sebagai seorang perempuan islam .. well , judgement kau merepek weh .. aku sebenarnya mengiyakan aje kau punya judgement yang konon-konon aku ni punya behavior macam playgirl .. actually aku duduk tercogok dalam bilik sensorang , buat kerja .. pape je engkau nih .. sedih siot dengan kau .. dulu kau kata aqim tu teruk , bersosial bagai .. tapi lah apa aku dapat lihat , sekurang-kurangnya aqim tu dia dah sedar diri .. tadalah nak ambik gambar sewenang-wenangnya dengan perempuan .. kalau ada pon dia ambik , dia belakang perempuan tu depan .. tadalah sampai nak berlaga bahu .. weh .. cakap pong pang ja kau , konon kau tu elok ja perangai , kata ja member aku sosial .. kau tu macam mana ? tolong sikit .. aku punya status yang aku tulis pasal "lelaki kata perempuan tak elok macam ni macam ni tapi kalau lelaki buat macam ni macam ni elok ja" sebenarnya lah , kitaorng dedicate dekat hazim .. bukan kau ! aku macam pelik kau terasa .. kesiannya hidup kau .. penuh dengan prasangka dekat orang .. dulu ajar aku untuk positif , tapi ? engkau pulaq macam pape ja .. sorry to say lah .. aku ni lebih rela pilih aqim tu daripada pilih kau .. even aku tahu dia tu budak nakal .. aku tak nak lah judge kau , tapi aku dah lost respect dekat engkau .. kenapa ? tanya diri kau sendiri .. dan buat pengetahuan kau , aku ni lama dah no feeling dekat kau .. tak kesahlah dengan mana-mana perempuan pon kau nak ambik gambar , kau nak berjimba dengan perempuan mana , hati aku tak rasa pape dah weh .. sebab dah mati nama kau dalam hati aku .. jujur aku cakap .. dan hati aku setawar-tawar nya untuk kau .. aku rasa aku lebih rela berkawan dengan ashraf ngan aqim tu daripada berkawan dengan kau .. tapi macam mana pon , aku tak menyesal kenal kau sebab mungkin dulu kau tu aku respect sebab bagus dalam soal agama .. tapi sekarang tak akan sama lagi .. respect aku ada pada ashraf , ada pada aqim .. sebab diorang masing-masing berubah demi ALLAH , dan bantuan yang mereka hulurkan sebagai seorang kawan kepada seorang kawan .. terpaksa cakaplah , aku mungkin tak akan kenal kau lagi selepas ini sebab aku rasa cukuplah perkenalan yang saket antara aku dengan kau .. aku bersyukur setelah pemergian kau , pemergian azri , pemergian syahril .. ALLAH hantarkan aku ashraf yang memang dah lama kenal aku dan sekarang kitaorang berkawan .. aku tak menyesal dengan pemergian engkau .. malah aku happy sebab aku bangga kawan-kawan yang ALLAH hantar setelah kau , azri pergi , adalah rakan-rakan yang bersama-sama dengan aku untuk menujuNYA .. dan aku berterima kasih dengan intan , bb , my soulmate .. pada awalan sem aku agak berjauhan dengan dia mungkin sebab bisikan syaitan ..sampai satu tahap aku rindu kat dia .. walaupon aku bersebelahan dengan dia , aku terasa jauh .. tapi ALHAMDULILLAH setelah itu kitaorang memupuk kasih kembali .. seriously , LILLAHI TAALA, aku sayang dia sampai bila-bila .. aku berharap aku akan bersama dengan dia , suka dan duka sampai kitaorang grad , sampai kteorg kawen , sampai ALLAH memisahkan kteorang .. aku berharap sangat .. aku dah tutup buku lama , aku tak peduli apa pernah terjadi dahulu , engkau , azri dan lain-lain .. yang aku tahu .. aku bersyukur dengan siapa aku berada dan bersama sekarang .. dan aku bersyukur sangat aku tak hilang orang-orang yang ALLAH kirimkan untuk aku .. sorry to say again , aku bukan playgirl aku cuma mengiyakan sahaja segala tuduhan dan kata-kata kau terhadap aku .. kesian kat kau sebab kau belum betol-betol mengenali aku .. ashraf pon tahu aku ni macam mana weh .. aku minta maaflah .. tapi aku bukan seperti nida yang kau judge .. sorry sikit eh .. aku nak bawak mak ayah aku ke syurga bukan ke neraka .. cakap pasal mak aku , aku bangga dengan mama sekarang .. mama dah berubah , mama belajar mengaji , mama join sukarelawan yang hantar makanan-makanan dekat rumah tahfiz dan lain-lain .. aku bersyukur sebab bukan aku sahaja yang menuju ALLAH tapi mama pon .. alhamdulillah .. terima kasih ALLAH ..