Friday 28 November 2014

assalamualaikum ..
JODOH VS MATI?

***

Ada orang tanya saya:

"Macamana kita nak tahu yang seseorang tu jodoh kita ataupun bukan??"

Saya jawab dengan pertanyaan semula:

"Macamana kita nak tahu kita mati bila??"

Dia jawab:

"Manalah tahu...."

Saya balas:

"Kita takkan tahu bila kita mati. Dan kita tak pun di suruh CARI kematian. Apa yang Allah dan rasul suruh ialah melakukan PERSEDIAAN untuk menghadapi kematian dengan menempuhi jalan kehidupan ni dengan amal-amal soleh yang Allah redha. Kalau kita pilih jalan yang allah tak redha, maka hancurlah kita. Dan, BILA KITA MATI lah baru kita akan tahu saat kematian kita...."

Orang tu pelik. Dan di sebabkan dia pelik, dia pun tanya semula untuk dapatkan penjelasan:

"Tapi, apa kaitan dengan mati dengan jodoh? Saya tanya pasal jodoh, bukan pasal mati. Maybe ustaz salah dengar soalan. Soalan saya ialah, macamana kita nak tahu yang seseorang tu jodoh kita??"

Saya tersenyum sedikit. Sayapun meneruskan penerangan saya:

"Mati ni sama macam jodoh. Allah dah tetapkan sebelum kita lahir lagi, kita mati bila. Allah juga dah tetapkan dah sebelum kita lahir, siapa jodoh kita. The point is, Allah dan Rasul tak suruhpun kita sibuk CARI JODOH, FIKIR pasal jodoh, SIBUK-SIBUK pasal jodoh dan sebagainya. Apa yang Allah dan rasul suruh ialah MEMBUAT PERSEDIAAN untuk mendapat jodoh...."

Dia mengangkut khusyuk. Kemudian saya sambung dengan penuh semangat:

"Allah dan rasul suruh kita buat persediaan untuk mendapat jodoh dengan mengikut jalan dan cara yang benar untuk mendapat jodoh. Jangan cemari jalan perkahwinan dengan dosa dan maksiat seperti couple, couple bajet islamik, ikhtilat, ikhtilat atas alasan kawan pastu tengok wayang sama-sama, ikhtilat atas alasan belajar pastu makan kat restoran sama-sama, ikhtilat atas alasan tunang, zina dan sebagainya. Allah tak redha! Tapi, kita kena membuat persediaan dengan melakukan amal yang Allah redha iaitu penuhi diri dengan dakwah tarbiah, amal ibadah dan lain-lain...."

Wajahnya kelihatan sedikit panic. Sentap mungkin. Tapi, dia masih fokus ingin mendengar huraian saya. Lalu, saya pun sambung dengan machonya:

"Seperti mana kalau kita buat persediaan yang baik untuk mati, maka kita akan dapat kematian yang baik, seperti itu juga kalau kita buat persediaan yang baik untuk jodoh, maka kita akan dapat jodoh yang baik. Sebaliknya, andai kita hiasi jalan kematian dengan maksiat, maka kita akan mati dalam keadaan buruk, seperti itu juga andai kita menghiasi jalan sebelum perkahwinan dengan maksiat, kita akan dapat jodoh yang buruk....."

Tiba-tiba, dia mencelah:

"Jap-jap. Saya faham. Saya faham!"

"Apa yang kamu faham?" Saya terkejut, tapi gembira.

Lalu dia menyambung:

"Saya dah faham apa kaitannya kematian dengan soalan saya iaitu macamana kita nak tahu jodoh kita!!!"

Saya tersenyum, sambil debar menanti apakah kesimpulan yang dia akan buat setelah mendengar huraian saya yang panjang lebar tadi.

Lalu, dia teruskan kesimpulan yang dia dapat:

"Kita hanya akan tahu bila kita akan mati adalah pabila kita mati. Saat kita mati, itulah saatnya! Macam tu jugak jodoh. Kita takkan tahu siapa jodoh kita, melainkan lepas kita kahwin. Orang yang kita kahwini, itulah jodoh kita!!!! Betul tak ustaz??"

Saya jawap dengan penuh kegembiraan:

"Tepat sekali! Sebab tu, dari sibuk fikir pasal jodoh, lebih baik fikir apa persediaan kita. Buku sirah dah baca? Buku fiqah dah baca? Buku tarbiah dah baca? Buku pengurusan keluarga dah baca? Itu baru bab ilmu. Bab amal? Solat jemaah jaga? Tahajjud buat? Quran zikir amacam? Ikhtilat jaga tak?"

Lalu, dia tersengeh, dan berkata:

"Hehe....faham ustaz, faham.. sentap sangat tu. Anyway, terima kasih ustaz!!!!"